Tuesday, August 25, 2009

innlillah hi wainna lillah hirajiun

KUALA LUMPUR 24 Ogos - Seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditemui lemas dalam kolam renang di kampus universiti itu di sini pagi ini.

Mayat Mohd. Hafifi Hazwan Mohd. Adnan, 20, ditemui pada 3 pagi dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur di sini untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, Mohd Hafifi, pelajar tahun pertama, dilaporkan mandi di kolam itu bersama-sama empat rakannya selepas bermain futsal.

“Dia dipercayai tidak pandai berenang,” katanya.

— BERNAMA

Sumber: Utusan Online

1 comment:

mye said...

org gi swimming pool utk swim, ni gi utk mandi, apa kes... :(
apapun ajal maut di tangan Tuhan.