Monday, March 1, 2010

selamat menyambut maulidur rasul

salam maulidur rasul.. alhamdulillah.. it here again. semoga junjungan besar Nabi Muhammad Saw sentiasa berada dalam ingatan kita. Dan seperti tahun tahun yang lalu, kita di ingatkan agar sentiasa berselawat, dan mangamalkan sunnah Nabi sebagai lambang cinta kita kepadanya.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada penerima anugah Maulidur Rasul tahun 2010.

1. Adik Nik Nur Madiah - Yang berjaya dengan cemerlang dalam SPM tahun lalu walaupun datang dari kelaurga yang miskin. Kini, beliau sedang menuntut di Jordan.

2. Dato Dr Hazan Din Al Hafiz - Seorang yang kita semua kenali. Diberi kerana jasanya menyampaikan ilmu agama kepada masyarakat

3. Prof Dr Yaacob - Pakar kajian makanan Halal. Telah menulis 900 artikel mengenai makanan halal

4. Dr Tan Swee Lin - Satu satunya penerima bukan Islam. Seorang pakar genetik tumbuhan di Mardi.

5. Dato Dr Abdul Razak - Pengarah Global Peace. Anugerah diberikan kerana kegiatan khidmat masyarakat yg banyak di lakukan beliau.

6. Pn Hajjah Faiza - Pemilik beras Faiza yang mementingkan kebersihan dan kualiti produk. Contoh usahawan Muslimah yang berjaya dan banyak memberi sumbangan dalam rancangan Bersamamu TV3

7. Anugerah perdana; Prof Dato Dr Mahmood Zuhdi - Timbalan dekan ISTAC

Semoga mereka semua menjadi tokoh dan pemimpin yang baik kepada umat Islam di Malaysia

No comments: